Kami mengumpul, memproses dan mendedahkan maklumat peribadi anda secara terhad dan hanya untuk tujuan tertentu. Sebagai contoh, untuk memproses bayaran anda, untuk menilai dan menyelesaikan sebarang aduan anda, untuk mengembangkan dan meningkatkan produk, perkhidmatan, kaedah komunikasi dan fungsi laman web kami, untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan minat anda.
Kami membuat profil tentang kehendakan penggunaan dan pembelian anda, termasuk menganalisis cara penggunaan produk dan/atau perkhidmatan kami, dengan menggunakan kaedah peribadikan atau agregat untuk mengumpul maklumat tentang demografi, minat dan kelakuan supaya kami lebih memahami anda dan boleh menyesuaikan produk dan/atau perkhidmatan kami mengikut kehendak anda.
Unilever turut memproses maklumat peribadi anda menggunakan kaedah-kaedah automatik. Keputusan automatik adalah keputusan yang dibuat semata-mata dengan kaedah automatik, tanpa penglibatan manusia dalam proses membuat keputusan berkaitan dengan maklumat peribadi anda.
Kami mengumpul, memproses dan mendedahkan maklumat peribadi anda untuk tujuan berikut:
• Untuk memproses bayaran anda, sekiranya anda membeli produk kami, untuk menyediakan maklumat mengenai status pesanan anda, menguruskan pertanyaan dan permintaan anda, menilai dan menangani sebarang aduan;
• Untuk memproses dan menjawab sebarang pertanyaan atau untuk menghubungi anda bagi menjawab pertanyaan dan/atau permintaan anda;
• Untuk mengembangkan dan meningkatkan produk, perkhidmatan, kaedah komunikasi dan fungsi laman web kami;
• Untuk sebarang tujuan pertandingan atau promosi yang anda masuki;
• Untuk memaklumkan maklumat kepada anda dan mengurus pendaftaran anda dan/atau langganan surat berita kami atau sebarang komunikasi yang lain;
• Untuk mengurus kegiatan perniagaan harian kami mengenai penyertaan anda di dalam pertandingan, undian atau permintaan promosi kami;
• Untuk mengesahkan identiti seseorang yang menghubungi kami menggunakan telefon, alat elektronik atau lain-lain;
• Untuk tujuan latihan dalaman dan jaminan kualiti;
• Untuk memahami dan menganalisis minat, keinginan, dan perubahan keperluan pengguna, meningkatkan laman web kami, produk dan perkhidmatan semasa kami, dan/atau menyediakan produk dan perkhidmatan baru; dan
• Untuk menyediakan produk yang sesuai secara peribadi, komunikasi dan iklan yang disasarkan dan cadangan produk kepada anda.
Ketika kami mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan yang disebutkan di atas mahupun untuk sebarang tujuan, kami akan memaklumkan kepada anda sebelum ataupun ketika pengumpulan dibuat.
Sekiranya diperlukan, kami akan meminta kebenaran anda untuk memproses maklumat peribadi anda. Apabila anda telah memberikan kebenaran untuk sebarang aktiviti pemprosesan, anda mempunyai hak untuk menarik semula kebenaran tersebut pada bila-bila masa.
Dalam sesetengah situasi, kami bergantung kepada kepentingan sah (‘legitimate interest’) untuk memproses maklumat peribadi anda. Sebagai contoh, kepentingan sah boleh terjadi ketika anda mendaftar untuk skim kesetiaan dengan salah satu jenama milik kami dan kami akan menggunakan maklumat peribadi yang dikumpulkan untuk melakukan analisis maklumat bagi meningkatkan produk atau perkhidmatan kami. Kaedah ini hanya akan digunakan sekiranya ianya diperlukan bagi mencapai kepentingan sah. Sebagai contoh, bagi membantu melaksanakan kontrak, atau mengoptimumkan perkhidmatan, dan ianya tidak melebihi hak anda sebagai pengguna. Dasar undang-undang hanya akan digunakan sekiranya ia tidak menganggu pemprosesan maklumat peribadi anda. Kami memberi jaminan sekiranya kepentingan sah digunakan sebagai dasar untuk memproses maklumat peribadi anda, kami akan menyimpan rekod ini dan anda mempunyai hak untuk meminta maklumat ini.
Kami memproses maklumat peribadi anda bagi melaksanakan kontrak yang berkaitan dengan anda. Sebagai contoh, kami perlu memproses maklumat peribadi anda untuk menghantar produk ataupun perkhidmatan yang anda beli, bagi membolehkan anda mengambil bahagaian dalam sebarang pertandingan kami ataupun menghantar and sampel yang anda minta.
Kami turut memproses maklumat peribadi anda apabila kami perlu mematuhi keperluan undang-undang (misalnya, cukai atau kewangan) untuk melakukan pemprosesan tersebut. Sebagai contoh, perintah mahkahmah atau sepina memerlukan kami untuk memproses maklumat peribadi bagi tujuan tertentu atau kami mempunyai kewajiban untuk memproses maklumat peribadi bagi melaporkan sebarang transaksi yang mencurigakan dibawah peraturan anti pengubahan wang haram.
PEMPROFILAN
Unilever mengunakan maklumat peribadi anda untuk membuat profil. Kami membuat profil tentang kehendakan penggunaan dan pembelian anda, termasuk menganalisis cara penggunaan produk dan/atau perkhidmatan kami, dengan menggunakan kaedah peribadikan atau agregat untuk mengumpul maklumat tentang demografi, minat dan kelakuan supaya kami lebih memahami anda dan boleh menyesuaikan produk dan/atau perkhidmatan kami mengikut keperluan anda.
Anda boleh menarik semula kebenaran yang anda telah berikan bagi mengelakkan maklumat peribadi anda daripada pemprofilan dengan mengubah tetapan kuki ataupun berhenti melanggan daripada menerima pemasaran surat berita.
Sebagai contoh –
- Unilver mengumpulkan data, dengan kebenaran anda, dari:
- Laman web kami mengenai apa yang anda lihat dan cara anda berinteraksi dengan kandungan laman web kami
- Tayangan iklan digital kami yang sediakan untuk anda di platform sosial dan laman web penerbit lain; dan
- Borang yang anda isi secara dalam talian dan hantar kepada kami mengenai minat anda
- Kami turut mengesan produk yang anda beli apabila anda menekan salah satu tayangan iklan kami dan membeli sesuatu daripada rakan runcit kami.
- Sekiraya anda telah diminta untuk menerima emel atau SMS komunikasi daripada kami, kami mengesan sama ada anda telah membuka, membaca atau menekan kandungan bagi menmahami minat anda agar kami dapat menyediakan anda dengan kandungan yang anda minat.
- Kami menggunakan maklumat ini bagi memprofil minat anda. Sebagai contoh, sekiranya anda kerap melihan resipi Vegan di laman “Recipedia” kami, dan anda telah memilih untuk menerima emel daripada kami, kami akan menghantar kepada anda sebarang resipi Vegan yang baru di laman web kami.
- Berdasarkan maklumat profil ini, kami juga menyediakan anda iklan yang anda mungkin berminat. Dalam situasi tertentu dan dengan kebenaran anda, kami turut menggunakan lokasi anda bagi menyediakan iklan yang berkaitan dengan promosi ataupun acara yang berdekatan dengan anda.
- Kami turut menggunakan maklumat yang anda telah sediakan dan memberi kebenaran kepada pihak ketiga yang tertentu untuk dikongsi, seperti umur, jantina, gaya hidup dan minat untuk mengenalpasti orang-orang yang memiliki minat yang sama dengan anda.
Pembuatan keputusan automatik
Dalam sesetengah situasi, Unilever memproses data peribadi anda secara automatik. Keputusan automatik adalah keputusan yang dibuat secara automatik tanpa penglibatan manusia dalam proses membuat keputusan mengenai maklumat peribadi anda. Sebagai contoh:
- Unilever menggunakan simulasi permainan berdasarkan sains bagi menilai tingkah laku dan teknik sains bagi menganalisis bakal pekerja. Calon diharuskan untuk bermain dengan permainan tersebut dan pola tingkah laku yang ditunjukkan ketika bermain akan dinilai oleh algoritma Unilever untuk menjangka potensi calon bagi sesuatu jawatan. Algoritma ini diuji secara teratur untuk memstikannya adil, efektif dan tidak bias.
Kami tidak akan membuat sebarang keputusan hanya berdasarkan semata-mata keputusan automatik yang mempunyai impak yang penting kepada anda. Sekiranya kami membuat sedemikian, kami akan memakluman anda dan menyediakan maklumat yang jelas dan asas yang sah mengenai keputusan kami untuk menggunakan keputusan automatik tersebut. Sebagai contoh, Unilever memproses maklumat peribadi anda menggunakan pembuatan keputusan automatik hanya apabila ianya perlu bagi memasuki ataupun melaksanakan kontrak dengan anda, atau sekiranya anda telah memberikan kebenaran langsung.
Anda mempunyai hak untuk tidak tertakluk pada keputusan yang hanya berdasarkan pembuatan keputusan automatik yang mempunyai kesan dari segi undang-undang atau impak lain. Secara khususnya, anda berhak:
- untuk mendapatkan campur tangan manusia
- menyampaikan pendapat anda
- mendapatkan penjelasan mengenai keputusan yang dicapai setelah penilaian; dan
untuk membantah keputusan tersebut.